KITA sebarkan kasih
sayang dan persaudaraan sebelum PRU, sepanjang tempoh kempen PRU dan
selepas PRU. Matlamat utama ialah kita nak ajak masyarakat mencapai
kesejahteraan dengan Islam. Saya sangat yakin bahawa banyak tujuan boleh
dicapai dengan senyuman tanpa menggunakan kekerasan atau menimbulkan
ketegangan.
Baik pulih dan Islah yang kita nak buat
dalam masyarakat boleh digerakkan tanpa perlu melukakan hati sesiapa.
Islam adalah penyelamat. Guru saya pernah berpesan, bukan semua perkara
hanya boleh diubah melalui peperangan kerana ada banyak kejayaan besar
boleh dicapai dengan senyuman.
Kita melalui hari-hari yang sangat padat
sepanjang tempoh kempen PRU14 ini dengan ceria dan bersemangat. Antara
kuncinya ialah kerana kita bergerak dengan jasad dan jiwa sekali gus. Ia
bukan lakonan olok-olok.
Kita meletakkan diri kita sebagai juru
jual produk yang PAS tawarkan kepada rakyat dalam bentuk tawaran
Manifesto pilihan raya. Sememangnya sepanjang tempoh yang agak lama
mendampingi masyarakat bawahan, isu kos sara hidup, PTPTN, tekanan
kenaikan harga keperluan harian serta rasuah dan salah tadbir urus
negara antara yang menjadi antara perhatian utama rakyat.
Di sinilah PAS tampil dengan tawaran
penyelesaian. Kita dapati Umno tak banyak hujah untuk menolak tawaran
penyelesaian PAS. Mereka hanya mampu jaja dalam kampung, PAS nak ambil
duit dari mana untuk menunaikan janji manifesto? Apa pemimpin Umno ingat
kita nak tadbir negeri dan negara dengan duit tabung buluh. Kalau kita
tanya balik, Umno tadbir negeri dan negara dengan guna duit Umno ke? Isu
UG, RM 90 juta dan terima duit Umno dan dikeluarkan dari minda rakyat
bawahan. Tutup buku!
*DR AZMAN IBRAHIM, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
No comments:
Post a Comment