KLUANG: Umno Sembrong membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP
Johor, Liew Chin Tong berhubung kenyataan fitnah yang dilemparkan
berkaitan kononnya berlaku pergerakan anggota tentera di kawasan
Parlimen itu.
Laporan tersebut dibuat oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Sembrong,
Datuk Abd. Ghani Abd. Rashid di Balai Polis Kampung Gajah, kira-kira
pukul 3.30 petang tadi.
Abd. Rashid berkata, laporan tersebut dibuat ekoran kenyataan fitnah
Chin Tong yang dikhuatiri boleh membawa kepada politik kebencian di
Parlimen Sembrong.
“Laporan polis hari ini bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat Ahli
Parlimen Kluang itu kerana kenyataan fitnah dan pembohongan beliau boleh
mencalarkan imej beberapa pihak,” katanya selepas selesai membuat
laporan tersebut sebentar tadi.
Yang turut serta, Ketua Pemuda Umno Bahagian Sembrong, Onn Hafiz Ghazi
serta lebih 100 ahli UMNO, MCA dan MIC bahagian itu termasuk golongan
pemuda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan