REMBAU: Seorang penumpang parah manakala lapan lagi cedera ringan
selepas bas ekspres yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler
di Kilometer 232.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini awal pagi
ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi berhampiran Hentian Sebelah
Pedas-Linggi itu, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tampin
untuk rawatan lanjut.
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Rembau,
Mazoraanim Abdul Hamid berkata, sebelum kejadian bas ekspres yang
dinaiki 30 penumpang lelaki warga Bangladesh dalam perjalanan menghala
ke ibu negara.
“Akibat kemalangan itu, seorang penumpang cedera parah manakala lapan penumpang lagi cedera ringan,” katanya hari ini.
Katanya, seramai tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik
menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.53
pagi.
Operasi tersebut turut melibatkan bantuan pasukan dari BBDP Tampin,
Seremban 2 dan Alor Gajah di Melaka serta polis, Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia dan pihak hospital.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan