Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: PAS menyindir PPBM yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad
sebagai parti yang mahu 'tunjuk pandai' apabila mengajar parti berteras
Islam itu bagaimana untuk menjadi pembangkang melawan Umno-Barisan
Nasional (BN).
Naib Presidennya Dr Idris Ahmad berkata, PAS sudah berada dalam arena
politik pembangkang ini lebih 60 tahun dan lebih mengetahui
selok-beloknya berbanding dengan PPBM yang baru setahun jagung berada
dalam Pakatan Harapan (PH).
“Kita akan buktikan bahawasanya PAS telah masak dalam pertarungan
Pilihan Raya ini. Sebab itu ada orang nak ajar PAS jadi pembangkang
lawan Umno. Padahal dia tu sehari dua keluar dari Umno.
“Nak belajar lawan BN kena belajar dari PAS. Betul? Ini baru nak
belajar jadi pembangkang dia nak ajar PAS menjadi pembangkang. Itu pasal
dia keluar Umno sebab tidak dapat dedak.
“Kita bertarung selama lebih 67 tahun. PAS berada di persada paling
tinggi di negara ini. Tidak lain dan bukan kerana dasar dan prinsip,”
tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan