Siti Nursyazwani, Astro Awani
Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, tindakan agresif dilakukan pelakon dan pengarah yang bergelar Datuk itu perlu dilihat dari aspek kesihatannya juga.
BACA: Diburu Ah Long, 300 penggiat seni tempatan minta bantuan - Presiden Seniman
“Bagi saya perkara itu tiada kaitan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Seniman sebaliknya ia berkemungkinan dari kondisi kesihatan pelakon itu sendiri.
Terdahulu, Zed mengeluarkan kenyataan bahawa lebih kurang 300 penggiat seni di negara ini sedang dikejar Ah Long.
Ketika ditanya apakah punca yang menyebabkan perkara ini terjadi, Zed berkata punca pencarian sumber rezeki mereka terjejas dek kerana limpahan penggiat seni di negara ini.
Pada Khamis, pelakon itu ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis dan menendang orang awam ketika berada di kaunter trafik Balai Polis Kota Damansara.
BACA: Pelakon bergelar Datuk tampar polis, tendang orang awam di Kota Damansara ditahan
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, pelakon itu didapati positif dadah jenis ganja dan pengesahan itu dibuat selepas saringan ujian air kencing yang dilakukan ke atas suami kepada pelakon wanita terkenal berusia 36 tahun itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan