KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan
portal Barisan Nasional (BN), TheRakyat.com, di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) malam tadi yang akan memaparkan butiran calon dan manifesto
pilihan raya mereka.
Najib di pelancaran portal itu berkata portal itu inisiatif BN untuk menyediakan maklumat yang tepat, cepat dan sah untuk melawan “berita palsu” pembangkang.
“Kita perlu mewujudkan satu platform yang menjadi wadah dan boleh digunakan untuk menghubungi rakyat,” kata Najib, dan menambah portal itu akan membantu menentukan kemenangan BN pada PRU14.
Portal itu juga akan memaparkan temubual bersama personaliti BN, infografik, analisis dan maklumat pilihan raya lain, dan artikel di laman sesawang itu akan disediakan dalam 6 bahasa: Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Iban dan Kadazan-Dusun.
Selain itu, pengunjung juga boleh memberikan maklum balas dan pandangan mereka melalui portal itu.
Najib malam tadi menghadiri satu mesyuarat khas bersama pimpinan BN untuk membincangkn persiapan pilihan raya.
Mandat Barisan Nasional akan tamat 24 Jun tahun ini, dan kemudiannya Parlimen akan terbubar secara automatik dan pilihan raya akan diadakan tempoh 60 hari jika tidak dipanggil lebih awal.
Gabungan 13 parti itu mahu mendapatkan semula majoriti 2/3 di Parlimen, selepas kehilangannya pada pilihan raya umum 2008.
Pada pilihan raya umum 2013, gabungan pembangkang Pakatan Rakyat berjaya meraih undi popular dan berjaya merampas 7 kerusi daripada BN tetapi tewas

Tiada ulasan:
Catat Ulasan