Rabu, 3 Januari 2018

Murid sekolah Tamil di Melaka ‘boikot’ hari pertama persekolahan

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Hari pertama persekolahan 2018 di SJK (T) Ladang Jasin Lalang, Melaka semalam bermula dengan kemarahan ibu bapa dan murid-murid yang bertindak berhimpun di luar pintu sekolah.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ayer Keroh, Melaka, Khoo Poay Tiong semua murid sekolah Tamil tersebut berkumpul di luar sekolah sebagai tanda tidak puas hati terhadap janji kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Tindakan berani para ibu bapa harus dipuji dan dihormati. Mereka terpaksa ambil tindakan boikot demi masa depan anak cucu mereka.

“Adalah wajar para ibu bapa menuntut hak untuk anak-anak mereka belajar dalam suasana yang sempurna,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook.



Khoo mendakwa BN telah berjanji pembinaan bangunan baru untuk menggantikan bangunan sedia ada yang telah usang semasa kempen Pilihanraya Kecil Merlimau pada tahun 2011.

“Akan tetapi selepas hampir 7 tahun, janji tetap janji kosong.

“Bangunan masih belum dibina dengan pelbagai alasan seperti tunggu kelulusan tapak, tunggu peruntukan kewangan, tunggu tunggu tunggu selama 7 tahun sehingga tapak baru penuh dgn lalang yg setinggi 7kaki.

“Lebih mengecewakan ialah pembinaan sekolah kebangsaan baru yang dijanjikan pada tempoh yang sama iaitu semasa Pilihanraya kecil tersebut telah siap dibina dan mula digunakan sejak tahun 2013,” menurut Khoo.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: