KUALA TERENGGANU: Mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 2,159
orang berikutan pemindahan sejumlah lagi mangsa membabitkan daerah
Kemaman awal pagi ini.
Peningkatan itu susulan pertembungan fenomena air pasang besar dan air
hulu sungai Kemaman yang melimpah meskipun hujan dilaporkan sudah
berkurangan.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt. Kol (PA)
Che Adam Abdul Rahman memberitahu, Kemaman mencatatkan jumlah tertinggi
dengan 1,819 mangsa daripada 427 keluarga yang ditempatkan di 15 pusat
pemindahan sementara (PPS).
Katanya, setakat pukul 8 pagi ini, PPS yang dibuka adalah di Dewan
Orang Ramai Telada, surau Haji Othman Kampung Seberang Tayor Hulu, surau
Kampung Ban Ho, pusat pemindahan Kampung Pasir Gajah, surau Pulau
Tempurung, Dewan Orang Ramai Batu 14, Masjid Kampung Batu 16 dan Masjid
Kampung 14.
“PPS laim adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok, Dewan Orang
Ramai Felda Seberang Tayor, SK. Chukai, PPS Lubuk Megat, SK Binjai,
Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan SK Seri Iman.
“Mangsa di Dungun pula seramai 206 orang yang ditempatkan di Dewan
Orang Ramai Pasir Raja dan Dewan Orang Ramai Kampung Shukor,” katanya
dalam kenyataan di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan