Setiausaha
Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan (dua kiri) berjabat tangan bersama
Setiausaha Agung GERAKAN, Datuk Liang Teck Meng (dua kanan) sebagai
tanda kerja sama pada sidang media mengenai Perhimpunan Teguh Bersama
MCA dan Gerakan di Wisma MCA, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI
KUALA LUMPUR – Dua parti berteraskan kaum Cina dalam Barisan
Nasional (BN), MCA dan Gerakan hari ini berikrar bekerjasama rapat dalam
menghadapi PRU-14 kelak.
Menurut Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng, kerjasama itu termasuk memastikan Pulau Pinang kembali ke tangan BN.
“Gerakan ada 13 DUN di Pulau Pinang dan empat kerusi Parlimen di
Pulau Pinang. Di Semenanjung, Pulau Pinang adalah misi utama kita, jadi
kita mahu bekerjasama dengan MCA yang mana merupakan parti Cina
terbesar.
“Kami ingin beritahu rakyat bahawa di Sarawak, rakyat sudah bangkit
dan tidak di Semenanjung. Himpunan ini akan sampaikan apa yang telah
dicapai oleh kedua-dua parti selama ini,” katanya dalam sidang media
bersama di ibu pejabat MCA hari ini. Setiausaha
Agung GERAKAN, Datuk Liang Teck Meng bercakap pada sidang media
mengenai Perhimpunan Teguh Bersama MCA dan Gerakan di Wisma MCA, Kuala
Lumpur. foto IQBAL BASRI
Bagi Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan, kerjasama rapat
itu bagi memastikan jentera parti digerakkan sepenuhnya pada PRU-14
kelak dalam mengetengahkan calon daripada kedua-dua parti bagi
menghadapi pembangkang khususnya DAP.
“Gerakan ada kerusi dan boleh dimobilisasikan oleh MCA untuk kekalkan
kerusi berkenaan dan bantu calon Gerakan supaya jentera akan digerakan
di akar umbi dan MCA pun akan buat begitu.
“Saya rasa kerjasama ini patut diteruskan dan bukan setakat ini
sahaja kerana kedua-dua parti adalah parti komponen dalam BN. Saya harap
dengan adanya kerjasama ini akan terus rapat dan situasi menang-menang
kepada kedua-dua parti,” jelas Ka Chuan dalam sidang media sama.
Dalam pada itu, Ka Chuan turut berkata, perhimpunan itu bukan sahaja
dilihat strategi untuk BN menang secara keseluruhannya tetapi adalah
untuk masa depan dan kepentingan masyarakat Cina. Setiausaha
Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan bercakap pada sidang media mengenai
Perhimpunan Teguh Bersama MCA dan Gerakan di Wisma MCA, Kuala Lumpur.
foto IQBAL BASRI
“Matlamat kami bukan hanya untuk menyatukan orang Cina tetapi untuk menyatukan rakyat.
“Sebagai titik permulaan, MCA dan Gerakan bersedia sebagai contoh
kerjasama MCA Gerakan Teguh Bersama. Bersama kita kerjasama terhadap
pembangunan dan pembangunan negara, dan untuk menahan emosi negatif yang
melampau dan ekstremisme,” katanya.
Permulaan kearah itu, satu perhimpunan antara kedua-dua parti yang
diberi nama ‘Perhimpunan MCA GERAKAN Teguh Bersama’ bakal diadakan di
ibu pejabat MCA.
Ia bagi merencanakan langkah dan peluang untuk menunjukkan dan
mempertahankan kepelbagaian negara serta menegakkan pentadbiran kerajaan
dan amalan kesederhanaan dalam politik.
Himpunan pada Sabtu ini akan dihadiri kedua-dua presiden parti iaitu
Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi MCA dan Datuk Seri Mah Siew Keong bagi
Gerakan.
Dianggarkan lebih 2,000 ahli daripada kedua-dua parti akan hadir dalam himpunan itu. -MalaysiaGazette.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan