Jumaat, 26 Januari 2018

Kanak-kanak rentung, ibu melecur dalam kebakaran babitkan empat rumah

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTATAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun rentung manakala ibunya parah selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran membabitkan empat rumah di Kampung Tembongon, di sini, awal pagi tadi.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa yang belum diperoleh identitinya itu rentung manakala ibunya, Siti Sarta Mohd Azmi, 26, melecur 50 peratus pada badannya.
 
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata, tiga jentera bersama 22 anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 3.35 pagi.
 
"Setibanya di tempat kejadian, didapati empat rumah terbakar dan pihak bomba melakukan pemadaman bagi mengelak kebakaran merebak ke kawasan lain," katanya dipetik Berita Harian.
 
Katanya, pemeriksaan selepas api berjaya dipadamkan mendapati ada seorang kanak-kanak perempuan rentung manakala seorang lagi wanita dewasa parah akibat melecur.
 
"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.15 pagi dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala wanita yang cedera masih menerima rawatan di hospital," katanya lagi.
 
Menurutnya, pihak JBPM masih menyiasat punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian akibat kejadian itu

Tiada ulasan: