OLEH NORHAYATI UMOR
SHAH
ALAM: Pembinaan Jambatan Ketiga Klang atau Jambatan Raja Muda
Nala tepat pada masanya ekoran pembangunan pesat di kawasan sekitar
ketika ini.
Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan
Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, perancangan
membuat jambatan itu bertujuan mengurangkan kesesakan dua jambatan
sedia ada, di bandar klang.
Katanya, secara kasar projek terbabit berjaya memberi manfaat yang sangat besar kepada penduduk khususnya Selat Klang.
“Ini
adalah kerana penduduk tidak perlu melalui Bandar Klang untuk ke Utara
juga Selatan lagi. Sebagai contoh, penduduk dari Rantau Panjang (Utara
Klang) perlu melalui Bandar Bukit Tinggi.
“Namun, selepas
terbinanya jambatan ini, mereka mempunyai jalan pintas ke Bukit Tinggi.
Ini secara tidak langsung memendekkan perjalanan kira-kira 20 hingga 30
minit dan mengurangkan 20 peratus trafik, di Bandar Klang,” katanya
kepada SelangorKini.
Zaidy berkata, bagi jangka masa panjang,
Kerajaan Negeri menjangkakan kawasan sekitar akan membangun dan memberi
keuntungan kepada penduduk serta kerajaan.
“Pembangunan ini akan merancakkan ekonomi setempat dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
“Kejayaan
pelaksanaan projek ini menjadi tanda aras keprihatinan Kerajaan Negeri
yang begitu mengambil berat terhadap permasalahan rakyat dan penduduk
setempat dalam usaha menangani kesesakan lalu lintas terutama, di pusat
bandar Klang,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Selat
Klang, Dr Halimah Ali mengalukan pelebaran projek jambatan itu yang
sudah pasti memberi manfaat kepada penduduk.
Katanya, dengan
jaringan kemudahan infrastruktur yang terbaik, maka penduduk, pekerja,
peniaga dan pelajar akan menikmati pelbagai kemudahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan