KUALA LUMPUR – Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman mengesahkan pembantu peribadi yang digosipkan mempunyai hubungan mesra dengannya tidak lagi bekerja buat sementara waktu.
Hasmiza atau popular dengan panggilan Dr. Vida menjelaskan, Ahmad Iqbal Zulkefli,23, telah mengambil cuti panjang namun tidak mahu mendedahkan sejak bila.
“Dia kerja lagi tapi ambil cuti panjang,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Ditanya punca jejaka itu mengambil cuti disebabkan mereka berselisih faham, Dr. Vida enggan mengulas lanjut namun memberi jawapan ringkas.
“Saya tidak pasti. Dia yang bawa diri,” katanya berdolak-dalih.
Namun ibu tunggal dua anak berusia 47 tahun itu menambah, Iqbal akan kembali bertugas tidak lama lagi.
Dr. Vida diminta mengulas spekulasi hubungan dengan Ahmad Iqbal menjadi retak hingga jejaka itu merajuk membawa diri.
Malah difahamkan keluarga pembantu peribadinya datang bertemu Dr. Vida untuk memujuk menerima Ahmad Iqbal bekerja semula.
Oktober tahun lalu, nama Ahmad Iqbal menjadi perbualan hangat di laman sosial ketika itu apabila pelbagai andaian netizan mengenai hubungannya dengan Dr. Vida sehingga didakwa sebagai pasangan kekasih.
Malah, ibu kepada lelaki tersebut, Mazuni Che Yusof, 49, juga tidak menghalang hubungan anaknya dengan pengasas Vida Beauty itu.
Sebelum ini Dr. Vida pernah memberitahu media yang beliau rapat dengan seorang jejaka dari Itali yang sanggup bertandang ke kediamannya sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan