SHAH ALAM: Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 serta diesel turun 1 sen bermula tengah malam ini.
Harga baru itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Twitter rasminya, hari ini.
Bagi tempoh 25 Januari hingga 31 Januari, harga runcit RON95 ialah RM2.29 seliter, manakala RON97 ialah RM2.56 seliter.
Harga bagi diesel pula RM2.31 seliter.
Mekanisme pengumuman harga minyak secara mingguan itu mula berkuat kuasa pada 29 Mac tahun ini.
Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal
secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi
minyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan