KUALA LUMPUR – Tawaran Pemuda Pakatan Harapan (PH) untuk
memberi hak penyiaran pertandingan bola sepak antarabangsa termasuk Liga
Perdana Inggeris (EPL) di Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus
dikritik.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mua’amar Gadafi Jamaludin menganggap ia tidak menjamin kehidupan generasi muda bagi jangka masa panjang.
Dalam masa sama beliau menyifatkan ia sebagai tawaran populis semata-mata yang pada akhirnya memberikan kesab negatif apabila melibatkan perbelanjaan yang besar.
“Kita kena tengok tawaran itu populis atau tidak sebab siapa sahaja boleh bagi tawaran tapi kita kena lihat apa kesan terhadap tawaran yang diberikan. Berapa kos yang nak kena tanggung untuk RTM tayang EPL.
“Kita tidak mahu memberikan harapan yang populis menjanjikan bulan dan bintang tetapi kita mahukan satu harapan yang benar-benar solid yang dimahukan anak muda merangkumi ekonomi, dan beberapa faktor lain yang memberi kesan kepada kehidupan anak muda bukan sekadar memberi kenyataan populis seperti memberi tayangan percuma EPL.
“Ini semua pada saya tidak memberi kesan kepada hidup anak muda secara total. Kalau saya jadi anak muda saya akan menunggu harapan yang sebenar-benarnya memberi kesan kepada kehidupan,” katanya hari ini.
Terdahulu walaupun mendapat kritikan namun Pemuda PH tetap mempertahankan salah satu tawaran yang disuarakan semasa konvensyen baru-baru ini berhubung penyiaran percuma EPL.
Mua’amar Gadafi dalam pada itu menantikan tawaran daripada Pemuda Barisan Nasional (BN) yang mengambil kira pendapat MBM sebagai wakil anak muda berbanding tawaran ‘syok sendiri’ parti pembangkang.
Menurutnya, hasil perbincangan dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, BN akan mengumumkan tawaran kepada anak muda pada Febuari ini dan diyakininya lebih realistik dan bersesuaian dengan keperluan semasa generasi majoriti dalam negara.
“Kita mahu berikan tawaran yang jelas untuk pihak kerajaan laksanakan kepada anak muda. Saya sebenarnya sedang ternanti-nanti tawaran baru yang akan diberikan Pemuda Barisan Nasional yang mana dalam proses perbincangan.
“Saya ada jumpa YB Khairy Jamaludin sendiri dan beliau panggil MBM untuk berbincang bersama memberikan input-input yang terbaik. Pemuda Pakatan Harapan tiada berbuat demikian pun,” ujarnya lagi. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan