Rabu, 24 Januari 2018

CheguBard Akan Dedah Korupsi Geng Kartel PKR

 
 
Ahli PKR seumur hidup yang dipecat keahlian, Badrul Hisham Saharin bakal mendedahkan kepada media berkenaan kes korupsi pasir geng Kartel PKR Selangor.

Geng Kartel PKR merujuk kepada geng yang diketuai Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor.

“Akan didedahkan kepada media dan diserahkan kepada SPRM set 230 muka surat dokumen yang terdiri dari dokumen perjanjian, surat tawaran, gambar berkaitan, dokumen transaksi bank, salinan laporan polis dan yang paling menarik ialah surat akuan bersumpah yang terlibat mendedahkan sebahagian kegiatan sindiket ini.

“Ia mengaitkan pimpinan pusat PKR, Exco Kerajaan Negeri, Ketua Cabang PKR dalam Selangor dan individu yang dikenali sebagai bakal calon boleh menang PKR<"kata Badrul Hisham yang lebih dikenali dengan panggilan CheguBard dalam Facebook.

CheguBard berkata laporan itu akan dikemukakan pihaknya pada 25 Januari (Khamis), 11.30 pagi, di SPRM Putrajaya.

“Gambar di bawah (atas) merupakan gambar perbincangan sindiket pasir Selangor yang dikatakan menggunakan bilik mesyuarat Pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor (Bangunan SSAAS / Bangunan SUK Selangor) … sementara menunggu Khamis baru teka gambar di bilik mesyuarat siapa ?

“Laporan penuh beberapa minggu lepas sudah di tangan beberapa pemimpin PKR tapi semua tak mampu buat apa, ada yang nasihat saya diamkan dulu… ada yg nasihat saya terus ke SPRM… lucu kan konon nak kawal Madey lepas jadi PM baru, Azmin jadi MB pun tak boleh kawal…,”katanya lagi.

Tiada ulasan: