Rabu, 17 Januari 2018

BN tapis tahap integriti, kesihatan calon PRU14

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan melalui proses tapisan integriti.
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tapisan itu akan dilakukan bersama-sama tapisan kesihatan calon.
 
Malah, katanya, hal ini menunjukkan betapa penting dan seriusnya BN dalam membuat pemilihan calon-calonnya.
 
“Integriti menjadi soal utama dalam pemilihan calon. Tentunya perkara sedemikian menjadi perhatian terhadap pengundi-pengundi yang mahu melihat personaliti seseorang calon,“ ujar beliau.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Diskusi Intelektual dan Melancarkan Buku Nilai Integriti Pelbagai Agama dan Modul Integriti Pra Sekolah di Institut Integriti Malaysia (IIM) di sini hari ini.
 
Katanya, integriti menjadi perkara utama yang diberi perhatian dalam pemilihan calon termasuk mengambil kira latar belakang mereka sama ada mempunyai rekod dalam kes rasuah, salah guna kuasa atau sahsiah yang bertentangan dengan perundangan.
 
Yang turut hadir pada majlis ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Tan Sri Othman Mustapha dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff. 


Tiada ulasan: