Khamis, 25 Januari 2018

Bekas Ketua Pemuda Pas Johor bersama keluarga, rakan sertai Amanah




Shamsul Bakri dua dari kiri) ketika menyerahkan borang keahlian  kepada Mazlan Aliman  yang turut disaksikan Suhaizan Kaiat (empat dari kiri).


Parti AMANAH Negara Kawasan Tebrau menerima masuk ahli baru dari Pas Shamsul Bakri dalam satu majlis sederhana diadakan malam tadi.

Shamsul adalah Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Johor merangkap bekas Ketua Dewan Pemuda Kawasan Tebrau.

Beliau juga adalah aktivis kepada Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

“Saya kagum dengan jiwa besar dan keterbukaan pimpinan Amanah Tebrau serta rakan rakan.

“Meskipun tidak dapat kerusi Dun Puteri Wangsa, mereka tak patah semangat, sebaliknya akan terus berjuang memenangkan Pakatan Harapan’.

“Saya umum sertai Parti Amanah Negara bersama 7 ahli keluarga dan rakan-rakan saya malam ini,” ujarnya ringkas.

Borang keahlian diserahkan kepada Mazlan Aliman yang juga  AJK Amanah Pusat.

Turut menyaksikan berita gembira ini, Naib Pengerusi Amanah Johor Suhaizan Kaiat.

Tiada ulasan: