Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
PUTRAJAYA: Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
dipanggil memberi keterangan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja
(RCI) berkaitan urus niaga bank pusat itu dengan mata wang asing
(Forex) sekitar tahun 1990-an.
Beliau yang dipanggil sebagai saksi ke-16, tiba di Istana Kehakiman pada jam 8.30 pagi tadi.
Beliau merupakan Gabenor Bank Negara pada Mei 2011 hingga Mei 2016.
Turut hadir memberi keterangan pada pagi ini adalah bekas Peguam Negara, Tan Sri Ainum Mohamad Saaid selaku saksi ke-15.
Pada 15 Februari lalu Pasukan Petugas Khas (PPK) ditubuhkan dan
dipengerusikan bekas ketua setiausaha kerajaan Tan Sri Sidek Hassan,
bertujuan menyiasat kerugian yang dialami bank pusat itu antara 1991 dan
1993.
Turut menganggotai ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md.
Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad; Datuk Seri Tajuddin
Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan,
Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan
dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk
Dr. Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjaya siasatan itu.
Awal Februari lalu, bekas penolong gabenor BNM, Datuk Abdul Murad
Khalid mendedahkan bank pusat itu mengalami kerugian AS$10 bilion (RM44
bilion) dalam urus niaga perdagangan mata wang pada awal 90-an.
Bagaimanapun nilai kerugian itu masih dipertikaikan.
No comments:
Post a Comment