KUALA LUMPUR: Dua suspek berusia 16 tahun dalam kejadian kebakaran
Pusat Tahfiz Quran Darul Ittifaqiyah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala
Lumpur hari ini atas tuduhan membunuh 23 pelajar dan guru sekolah
tersebut.
Kedua-dua mereka mengangguk dan menjawab 'saya faham' apabila pertuduhan dibacakan Majistret Siti Radziah Kamaruddin.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Kedua-dua suspek itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang
memperuntukkan hukuman mati mandatori. Tiada peguam yang mewakili
mereka.
Prosiding mahkamah hari ini yang bermula jam 11.30 pagi tadi dilakukan
secara tertutup memandangkan mereka merupakan remaja dibawah umur.
No comments:
Post a Comment