Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohamad Azhar
PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
mengesahkan William Leong meletak jawatan sebagai ahli Biro Politik.
Sebelum ini Wan Azizah dilaporkan tidak menerima surat peletakan jawatan Leong pada Ogos lalu.
“William Leong sudah letak jawatan, itu jawatan lantikan,” katanya
kepada pemberita selepas mengadakan sidang media Pakatan Harapan (PH) di
ibu pejabat PKR, tengah hari tadi.
William yang juga Ahli Parlimen Selayang meletakan jawatan sebagai
membantah langkah PKR meneruskan perbincangan untuk bekerjasama dengan
PAS.
Bagaimanapun jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MPT) PKR kekal tanpa apa-apa perubahan.
Sementara itu Wan Azizah yang juga Presiden PH enggan mengulas lanjut
dakwaan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahum bakal menyertai semula
parti lamanya, Umno.
“Itu dah berlalu,” katanya ringkas.
Baru-baru ini sebuah portal melaporkan Anwar, yang juga Ketua Umum PH
dan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menyertai semula Umno.
Dakwaan itu memetik PAS sebagai berkata tiada keperluan lagi bagi parti
itu mengadakan kerjasama dengan PKR dan PPBM kerana akhirnya kedua-dua
pemimpin itu akan kembali kepada parti lamanya.
Malah PAS, menerusi pimpinannya sering menyebut kesukaran kerjasama itu
kepada penyokong partinya malah menyifatkan PH tidak akan kemana.
Bukan itu sahaja parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu juga
mendakwa Anwar akan mengambil langkah serupa seperti Tan Sri Muhammad
Muhamad Taib, memandangkan Anwar, Muhammad dan Datuk Seri Najib Razak
dalam satu kumpulan yang sama dinamakan ‘Kumpulan Wawasan’ suatu ketika
dahulu.
No comments:
Post a Comment