KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan pemilik sebuah kedai dobi layan diri di Muar yang tidak membenarkan pelanggan bukan Islam menggunakan perkhidmatannya.
Baginda memberi kata dua kepada pemiliknya sama ada membuat permohonan maaf atau berdepan penutupan.
“Saya mahu pemilik kedai meminta maaf kepada saya dan rakyat Johor.
Dia membuat rakyat Johor marah dan berasa malu kerana ini bukan Johor
yang kita mahu,” kata baginda dipetik The Star hari ini.
Sultan Ibrahim mengulas kontroversi melibatkan Elit Laundry, sebuah
kedai dobi layan diri di Muar, selepas tular gambar papan tanda “mesra
Muslim” yang memaklumkan kedai itu hanya menerima pelanggan Islam atas
“faktor kesucian”.
Sultan Ibrahim juga berkata, pemilik kedai itu boleh meninggalkan negeri Johor sekiranya mahu meneruskan dasar itu.
“Saya cadang dia buka kedai di Afghanistan,” tambahnya.
Jelas baginda lagi, isu itu sudah dibincangkan denga Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin dan juga exco negeri mengenai hal ehwal Islam, Abd Mutalip Abd Rahim.
“Saya tidak boleh menerima perkara karut ini. Ini Johor, ia milik Bangsa Johor dan milik semua kaum dan agama. Ini sebuah negeri progresif, moden dan sederhana.
“Ini bukan negeri Taliban dan sebagai ketua agama Islam di Johor, tindakan ini tidak boleh diterima langsung kerana bersifat ekstremis,” katanya.-MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment