Ahad, 10 September 2017

Warkah Anwar Dari Penjara Tidak Mampu Pulihkan Hubungan Dengan PAS






Laman ini berpendapat warkah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buloh tidak mampu memulihkan hubungan politik dengan PAS, malah akan terus memecahbelahkan parti Keadilan itu termasuk melemahkan Pakatan Harapan (PH).

Ini kerana bibit-bibit permulaan keretakan hubungan PKR dan PAS berpunca daripada Anwar sendiri apabila melaksanakan operasi ‘Langkah Kajang’ pada tahun 2014 yang tidak dipersetujui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Pendedahan secara terbuka kandungan pertemuan Anwar-Abdul Hadi pada 2014 oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail telah menyemarakkan lagi kemarahan penyokong PAS terhadap parti Keadilan itu.

“Masih ingat saat aku menemani Datuk Seri Anwar berjumpa dengannya. Bagaimana Datuk Seri Anwar diaibkan dengan bahasa yang cukup kasar,” kata Saifuddin dalam status Facebook.

Saifuddin dilihat cuba memalukan Presiden PAS dengan kenyataan itu, di samping untuk menunjukkan Anwar seorang pemimpin yang hebat dan budiman.

“Ana ingat enta telah serik (insaf) setelah kena penjara”?, itu salah satu kata-kata yang didakwa diucapkan Abdul Hadi terhadap Anwar.

Ia merujuk kepada ‎pertemuan singkat Anwar dengan Hadi di Terengganu untuk menukar jawatan menteri besar Selangor yang ketika itu disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Selanjutnya, sila baca “Tanpa PAS, PKR Takut Kalah Besar PRU 14

Tiada ulasan: