Ahad, 10 September 2017

Seramai 443,794 murid bakal menduduki UPSR 2017

Kumara Sabapatty
Lembaga Peperiksaan


KUALA LUMPUR- Seramai 443, 794 calon murid tahun enam telah mendaftar untuk menduduki Ujina Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.

Peperiksaan umum itu akan berlangsung bermula esok hingga 14 September ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini menjelaskan, sebanyak 8,085 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negara.

“Jika ikutkan pecahan seramai 433,536 orang murid merupakan calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala seramai 10,258 adalah calon sekolah swasta yang akan menduduki UPSR kali ini.

“Seramai 51,363 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti yang dijadualkan,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Lembaga Peperiksaan mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan UPSR 2017 untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan di alamat Ip.moe.gov.my.

Calon juga diingatkan supaya membawa MyKad masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.- MalaysiaGazette


Tiada ulasan: