RAMAI yang tanya pandangan saya terhadap cerita tiga bekas menteri besar Selangor yang bertekad merampas semula Selangor.
Saya mulanya tidak berhasrat mengulas mengenainya kerana ia bagi saya tidak relevan dan di luar domain pemikiran rakyat Selangor hari ini.
Juga kerana ketiga mantan MB itu kawan lama. Muhammad Taib adalah ketua Umno Selangor pada saat saya menjadi pemimpin utama Pemuda Umno Selangor dulu. Abu Hassan Omar pula dekat bila saya memainkan peranan utama dalam pilihan raya kecil untuk jadikan beliau MB pada masa saya menjadi setiausaha politik kepada pemangku perdana menteri pada masa itu, Anwar Ibrahim. Dr Khir Toyo pula kawan keluarga saya, isterinya memanggil emak saya mak.
Saya juga pernah bertempur dengan kesemua mereka semasa saya menjadi timbalan ketua PKR Selangor. Namun persahabatan kami kekal. Pernah dulu saya dan MB hari ini, Azmin Ali menunaikan umrah bersama, kami bertemu dengan Muhammad Taib di Madinah dan sembang panjang.
Semasa Dr Khir jadi MB Selangor, sebaik saja saya keluar penjara pada 2003 beliau menjemput saya ke rumahnya dan kembali ke Umno dan bertanding pilihan raya 2004. Saya menolak dengan alasan bos saya Anwar masih di dalam penjara dan tugas utama ketika itu belum selesai.
Itu semua kisah lama. Tiga bekas MB yang menjadi bualan hari ini juga orang lama. Rakyat Selangor mahu dengar cerita baharu.
Cerita hari ini.
Hari ini cerita Selangor adalah cerita sebuah negeri yang berjaya. Hasil mahsulnya diurus baik. Simpanan negeri amat kukuh dan meyakinkan pelabur dalam dan luar negara. Rakyat Selangor bukan hanya berpuas hati malah bangga dengan negeri mereka hari ini.
Baik penjawat awamnya juga pengusaha swasta di Selangor hari ini dengan rasa bangga berkongsi pengalaman melaksanakan dan menikmati polisi dan dasar kerajaan negeri hari ini.
Sultan Selangor sendiri amat berpuas hati dengan prestasi kerajaan negerinya hari ini. Kebanggaan Tuanku dititahkan secara terbuka dalam beberapa majlis rasmi oleh Tuanku sendiri. Rakyat Selangor tahu Sultan mereka bukan calang-calang Sultan. Baginda amat fokus dan serius dengan setiap perkara membabitkan kepentingan negeri dan rakyat. Setiap titah baginda dijunjung tinggi.
Makanya cerita hari ini, bagi rakyat Selangor hari ini, adalah cerita MB mereka hari ini. Bukan cerita MB mereka yang lalu. Yang relevan adalah MB hari ini kerana setelah sekian lama rakyat Selangor menanti kehadiran seorang MB yang mereka boleh banggakan dan harapkan.
Realitinya MB hari ini jelas menepati harapan bukan saja rakyat biasa di setiap ceruk dan pelosok negeri ini tetapi juga pembesar negeri di istana.
Selangor bukan sebuah negeri biasa. Selangor sebuah negeri paling kaya di negara ini. Status ini juga menjadikan Selangor sebuah negeri yang tidak mudah untuk ditadbir. Komposisi rakyatnya kompleks. Masalahnya lebih rumit. Selama ini negeri ini bernasib baik mempunyai raja yang setanding dengan status negerinya sebagai sebuah negeri paling maju. Cuma sering kali rakyat Selangor tidak bernasib baik mendapat seorang MB yang tidak setanding dengan kehebatan negerinya.
Hari ini rakyat Selangor percaya mereka mendapat seorang MB yang setanding dengan nama besar negeri ini. Azmin hari ini dilihat sebagai MB yang mampu membawa sebuah negeri luar biasa seperti Selangor ini terus gemilang.
Malah kejayaan demi kejayaan polisi yang dibawa meyakinkan rakyat Selangor bahawa Azmin satu hari nanti mampu memikul tanggungjawab lebih besar memimpin bukan saja negeri malah negara ini.
Sebagai anak jati negeri Selangor saya berkongsi harapan ini dengan rakyat Selangor yang lain.
Justeru menjadi tanggungjawab saya dan rakyat Selangor membantu dan mendoakan Azmin untuk terus menjadi pemimpin yang berjaya. Saya akan membantu dan mempertahankan MB ini.
Saya juga berharap bekas-bekas MB yang seharusnya berperanan melangkaui kepentingan sempit mereka yang masih berkepentingan meletakkan kepentingan negeri mengatasi kepentingan politik sempit itu dan membantu Azmin sebagai pemimpin negeri mereka hari ini.
Sudah sampai masanya Selangor menjulang pemimpin anak jatinya untuk menjadi pemimpin besar negara dan Azmin adalah orangnya dan ini adalah masanya.
* Mohamad Ezam Mohd Nor ialah pengerusi Hisbah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan