KUCHING: Seorang guru berusia 51 tahun ditahan polis di rumahnya di
Tapah di sini semalam, kerana didakwa merogol seorang pelajar tingkatan
dua.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar
berkata, suspek oleh pasukan JSJ, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan
dua jam selepas laporan polis diterima.
Katanya, ibu mangsa telah melaporkan perbuatan suspek merogol anaknya
berusia 14 tahun pada pukul 5 petang di Balai Polis Siburan, seperti
yang dilaporkan Utusan Malaysia.
“Suspek ini akan dibawa ke Mahkamah Kuching pagi ini untuk mendapatkan
perintah reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun
Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.
No comments:
Post a Comment