Sunday, September 10, 2017
Kejahatan Berpolitik PKR Dalam ‘Langkah Kajang’ Terdedah
Perang mulut di antara dua aktivis PKR, Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) dan Latheefa Koya (Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR) mendedahkan kejijikan berpolitikparti Keadilan dalam melaksanakan operasi jahat, Langkah Kajang pada tahun 2014.
Latheefa menamakan Rafizi dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR) memperalatkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim untuk memecat Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Dia (Rafizi) dan orang kuatnya (Saifuddin) yang merancang kesemua itu secara rahsia, tidak satu pun diluluskan di mesyuarat parti. Malah Biro Politik juga tidak tahu langsung.
“Mereka meyakinkan Anwar bahawa kedua-dua pihak iaitu DAP dan PAS telah bersetuju.
Sebenarnya PAS tidak pernah bersetuju! Orang kuatnya (Saifuddin) telah pergi ke Kelantan dan mendakwa mendapat persetujuan daripada Nik Aziz. Malah, Nik Aziz telah meminta satu dokumen dengan semua butiran tentang mengapa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mesti dibuang.
“Si pelawak (Rafizi) dan orang suruhan ini (Saifuddin) pula memulakan jelajah dengan dokumen laporan ini. Untuk itu, orang suruhannya itu disaman dan terpaksa memohon maaf di mahkamah,”kata Latheffa dalam Facebook.
Pada Ogos 2015, Saifuddin mewakili PKR memohon maaf kepada Abdul Khalid kerana mengeluarkan dokumen yang memfitnah beliau, sebagai penyelesaian saman difailkan bekas MB itu terhadap bekas partinya.
Dokumen itu antara lain mengaitkan Khalid dengan beberapa isu termasuk penyelesaian hutang Bank Islam, penstrukturan semula air, dan penjualan tanah kepada EcoWorld.
Latheefa turut mendakwa Langkah Kajang dilaksanakan untuk menghalang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.
Bagaimanapun dakwaan Latheefa itu disangkal oleh bekas aktivis PKR yang dipecat keahlian parti, Yusup Kamaruddin.
Menurutnya, Latheefa sengaja memalsukan maklumat untuk menunjukkan Azmin tidak terlibat dalam Langkah Kajang itu, walhal, ia sebaliknya, apabila Timbalan Presiden PKR sendiri turut berkonspirasi mempengaruhi Lee Chin Cheh supaya meletak jawatan sebagai ADUN Kajang.
“Siapa yang suruh CC Lee letak jawatan di Kajang? Latheefa Koya jangan temberang…dia (Latheefa) dalam group kartel (Azmin)…kumpulan kamu lah yang memaksa (DUN) Kajang dikosongkan…
“Anwar terpaksa ambil risiko untuk selamatkan PKR…kamu (Latheefa) dan kumpulan memang tolak Anwar dari mula dan nakkan orang lain di Kajang supaya Azmin lebih mudah jadi MB Selangor…,”dedahnya ketika mengulas tulisan Hanisya Abdul Hamid dalam Facebook.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment