Sunday, September 10, 2017

Benarkah Kit Siang Pernah Terima Pengampunan Daripada Yang Dipertuan Agong – Dr Kamarul





Agak terkejut bila terbaca tulisan Santha Oorjitham, Kathleen Ann Kili dan Tashny Sukumaran bertajuk “I Beg Your Pardon, Your Highness” di dalam akhbar The Sunday Star pada 15 Mei 2016 yang menceritakan mengenai kisah kemenangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka dalam Pilihan Raya Umum 1969 didapati tidak sah disebabkan satu kesalahan pilihan raya tetapi bahawa Lim Kit Siang dibenarkan mengekalkan kerusi beliau setelah menerima pengampunan dari Yang di-Pertuan Agong.


Jika tulisan Santha Oorjitham, Kathleen Ann Kili dan Tashny Sukumaran ini benar, mengapa kisah ini, seingat saya, tidak boleh didapati di dalam mana-mana tulisan Lim Kit Siang sendiri, di dalam mana-mana tulisan rasmi mengenai Lim Kit Siang ataupun di dalam mana-mana tulisan DAP lain?

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

No comments: