PUTRAJAYA: Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak menjatuhkan
hukuman penjara 48 tahun dan sebat 24 kali terhadap seorang ejen unit
amanah.
Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah atas 623 tuduhan pelbagai kesalahan seksual.
Lelaki berusia 36 tahun itu didakwa atas satu pertuduhan merogol, satu
pertuduhan penganiayaan seks, 30 tuduhan sentuhan seksual secara fizikal
dan 591 tuduhan liwat.
Berdasarkan fakta kes, kali pertama mangsa diliwat adalah sewaktu
menunaikan umrah bersama bapanya pada 3 April 2015 dan remaja itu
berusia 13 tahun pada ketika itu.
Kejadian itu berterusan sehingga pada satu kejadian mangsa telah diliwat sehingga terkeluar najis.
Setiap kali melawan, mangsa akan ditolak, ditarik dan ditindih serta mulutnya ditutup dengan tangan.
Bapa kepada tiga orang anak perempuan itu didakwa melakukan perbuatan
tersebut terhadap mangsa di rumah mereka di Sungai Way, Petaling Jaya
dekat sini pada tarikh-tarikh berlainan pada sebelah pagi, petang dan
malam.
Kejadian didakwa berlaku diantara bulan Januari hingga Julai tahun ini
sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam di
rumah mereka di Sungai Way.
Menurut pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat anak kandungnya setiap
hari sepanjang bulan Januari, Februari, Mac, April dan Jun (termasuk
ketika sambutan hari raya pada 25 Jun lalu).
Pada bulan Mei, dia didakwa meliwat mangsa setiap hari kecuali dua hari
sebelum bulan Ramadan (25 dan 26 Mei) dan pada hari pertama menunaikan
ibadah puasa (27 Mei).
Lelaki berkenaan turut dituduh melakukan perbuatan itu setiap hari
bermula 1 Julai hingga 20 Julai lalu sebelum laporan polis dibuat oleh
bekas isteri tertuduh pada 25 Julai lalu.
Yang turut hadir pada prosiding hari ini ialah Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
No comments:
Post a Comment