KUALA LUMPUR: Tekanan darah tidak stabil menjadi punca Ketua Umum
Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke Hospital Kuala
Lumpur petang tadi.
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
"Keadaan kesihatannya membuatkan beliau (Anwar) memerlukan pemantauan
pihak doktor," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini hari ini.
Pada Mei tahun lalu, bekas Ketua Pembangkang itu pernah dikejarkan ke hospital atas sebab yang sama.
Kesihatan Anwar dilaporkan merosot sejak Julai 2015 dan barisan
peguamnya pernah memohon supaya beliau ditempatkan sebagai tahanan
rumah.
No comments:
Post a Comment