Oleh Azizul Osman
KAJANG: Sudah lapan tahun PKR diberi peluang menjaga DUN Kajang, namun
hingga kini masalah banjir di kawasan itu masih belum berjaya
diselesaikan dengan berkesan.
Justeru, Pengerusi MCA Hulu Langat, Datuk Lee Ban Seng meminta pengundi
DUN Kajang membuka mata dan menilai adakah tindakan memilih PKR untuk
mewakili mereka selama ini satu keputusan yang betul?
Masalah banjir ini sejak 2008 dimana PKR ambil kerajaan negeri sejak
dari itu sampai sekarang sudah 10 kali lebih banjir serius melanda
kawasan Kajang. Tetapi masalah ini masih tidak dapat ditangani, kami
mahu (rakyat) kaji balik kerana sudah lapan tahun, bukan dua tahun
(dalam pimpinan Wan Azizah).
"Masalah yang sama masih tidak dapat ditangani. Saya tidak tahu adakah
rancangan yang lebih menyeluruh daripada pihak kerajaan negeri utk
menangani banjir ini," dakwa Ban Seng.
Menurut, masalah yang dihadapi penduduk di sekitar Kajang kian meruncing setiap kali hujan lebat melanda.
Antara kawasan yang teruk dinaiki banjir adalah Sungai Kantan, dan kawasan sepanjang Sungai Langat.
Banjir ini melibatkan beberapa sungai antaranya Sungai Langat, dimana
sungai kecil akan kumpulkan air hujan daripada parit-parit dan semua
akan ke Sungai Langat.
"Kalau Sungai Langat aras airnya tidak dikawal maka sungai kecil pun
akan melimpah waktu hujan lebat. Saya rasa sejak beberapa tahun ini,
tidak pernah dengan Sungai Langat ini dibersihkan, mendapatnya semakin
tinggi jadu waktu hujan sekejap sahaja aras air akan naik.
Sebelum ini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Hulu Langat berkata
akan membuat kajian pembinaan kolam takungan Sungai Jeluh berhampiran
Penjara Kajang bagi mengatasi banjir kilat di Kajang.
Namun sehingga hari ini, tiada perkembangan terkini mengenai status
pembinaan kolam berkenaan diberikan kepada pengundi Kajang, kata Ban
Seng.
"Pihak kerajaan negeri Selangor perlu ambil langkah untuk mengkaji sama
ada perlu dibuat satu kolam tadahan air yang lebih besar supaya
(apabila) waktu hujan lebat air akan takung sementara dan tidak turun di
bandar Kajang dalam masa yang singkat.
"Ini dapat menyelesaikan masalah, tapi saya rasa belum dengar ada apa-apa (perancangan)," kata Ban Seng.
Saya rasa rakyat jelata boleh nampak mereka (pembangkang) belum stabil
lagi dan belum ada kekuatan untuk memerintah negara," katanya.
No comments:
Post a Comment