Oleh Nur Atiqah Abd Samad
SHAH ALAM: Gerakan Pulau Pinang menyifatkan pembatalan Pilihan Raya
Negeri (PRN) mengejut di negeri itu menunjukkan DAP kini semakin
kehilangan pengaruh walaupun mempunyai jumlah kerusi yang banyak.
Menurut Setiausahanya Hng Chee Wey, kegagalan DAP mempengaruhi PKR
turut membuktikan bahawa parti itu hanya sekadar pemerintah yang tidak
mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.
"Kita nampak dalam Langkah Kajang, walaupun dalam Pakatan (rakan) mereka bantah tetapi mereka tetap laksanakan.
"DAP berhasrat tinggi untuk laksanakan PRN mengejut ini tetapi tidak
dapat persetujuan PKR, maka terpaksa untuk batalkan. DAP mungkin sudah
kehilangan kuasa dalam PH, Jadi DAP sekarang hanyalah sebagai
'caretaker' saja tanpa kuasa," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, membatalkan hasrat
meneruskan PRN mengejut di negeri itu, selepas tidak mendapat
persetujuan rakan komponennya.
Guan Eng berkata, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
semalam memaklumkan kepada beliau berhubung keputusan pucuk pimpinan
parti itu.
Cadangan daripada DAP itu timbul ekoran Guan Eng terpalit tuduhan
rasuah, apabila cuba menukar status tanah (zon pertanian kepada zon
komersil) dan membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran di Jalan
Pinhorn, George Town.
Dalam pada itu Chee Wey menyambut baik pembatalan tersebut yang hanya
merugikan rakyat Pulau Pinang demi menyelamatkan karier pihak tertentu.
"'Snap poll' ini mungkin atas sebab-sebab perseorangan saja bukan
kebaikan (untuk) rakyat di Pulau Pinang. Ini hanya nak selamatkan satu
parti atau orang tertentu saja," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment