Geraldine Tong
Pelantikan Datuk Dzulkifli Ahmad sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang
baru adalah membimbangkan memandangkan peranannya dalam membersihkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada kesalahan berhubung
1MDB, kata Datuk Ambiga Sreenevasan.
Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) itu berkata
pelantikan itu bermaksud SPRM mungkin tidak akan membuka semula fail ke
atas Najib dan kaitannya dengan cabang pelaburan negara yang bermasalah
itu.
"Pelantikan Dzulkifli menjadi perhatian. Dia berada dalam pasukan AGC
(Jabatan Peguam Negara) yang membersihkan perdana menteri daripada
semua dakwaan berkaitan dengan 1MDB dan SRC (International) dan ternyata
bahawa dia telah dipilih untuk sebab ini.
"Ia akan kelihatan bahawa fail-fail ini sekarang akan kekal tertutup
rapat di SPRM walaupun berdepan tindakan DOJ (Jabatan Kehakiman Amerika
Syarikat)," kata Ambiga kepada Malaysiakini hari ini.
Bekas presiden Majlis Peguam itu merujuk kepada tindakan
undang-undang DOJ yang difailkan minggu lalu untuk merampas aset yang
didakwa dibeli dengan dana disalahgunakan daripada 1MDB.
Katanya, beliau juga sangat mengambil berat mengenai SPRM sekarang
apabila tiga pegawai atasannya meninggalkan agensi itu hampir serentak.
Pendahulu Dzulkifli, Tan Sri Abu Kassim Mohamed bersama Timbalan
Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan
Timbalan Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali telah
berjaya mengukuhkan suruhanjaya itu, katanya.
Mereka bekerja dengan baik bersama masyarakat sivil dalam perjuangan mereka menentang rasuah, katanya.
Beliau juga mempersoalkan rasional tidak melantik Mustafar, yang
dikatakan adalah "calon yang ketara" memandangkan beliau telah
berkhidmat dengan SPRM selama kira-kira 35 tahun.
No comments:
Post a Comment