Pemilik
kapal tunda yang tinggal di kawasan merbahaya di pesisiran pantai
diminta bekerjasama dengan polis untuk menangani sebarang insiden
penculikan atau ancaman keganasan di perairan Sabah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lima anak
kapal warga Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di perairan Lahad
Datu baru-baru ini tidak bersalah, sebaliknya pemilik kapal tunda
terbabit yang harus dipersalahkan.
Katanya, ini kerana pemilik kapal tunda itu tidak mengendahkan
nasihat dan saranan polis seperti yang dibincangkan bersama sebelum ini.
"Sebeluk ini kita bincang dengan mereka dan menyarankan berkomunikasi dan kekal berhubung dengan polis.
"Saya sedih dan kecewa mereka tidak mengendahkan arahan kami
sehingga kita menyaksikan satu lagi insiden penculikan," katanya pada
majlis perasmian Persidangan Polis ASEAN (Aseanapol) ke-36 di sini hari
ini.
Majlis tersebut disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Khalid bagaimanapun tidak mengulas mengenai perkembangan terbaharu usaha mengesan lima krew kapal tunda itu.
Tiga krew yang diculik itu dikenalpasti berasal dari Sabah ialah
Abd Rahim Summas, 62, Mohd Zumadil Rahim, 23 dan Fandy Bakran, 26.
Seorang berasal dari Sarawak ialah Tayudin Anjut, 45, manakala Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari Semenanjung.
Sementara itu, Khalid mengingatkan mereka yang tinggal di pesisiran
pantai Sabah supaya memaklumkan kepada polis ketika keluar ke laut bagi
membolehkan langkah-langkah keselamatan tambahan diambil. -
MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment