MALAYSIAKINI
Laman web pendedah maklumat yang berpangkalan di London, Sarawak Report telah
menerbitkan beberapa kandungan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB
walaupun dokumen berkenaan diklasifikasikan sebagai sulit di bawah Akta
Rahsia Rasmi (OSA).
"Sarawak Report telah mendapat akses meluas kepada laporan
Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, bersama-sama dengan dokumen utama yang
disertakan hasil siasatan itu," katanya.
Laman
itu menyenaraikan pelbagai kebimbangan yang dicatatakan oleh Ketua
Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya, terutamanya
berkaitan dengan beberapa pemindahan dana yang dipersoalkan.
Sarawak Report juga menyediakan butiran pemindahan dana berkenaan. Malaysiakini tidak dapat melaporkan kandungan tersebut kerana sekatan undang-undang.
Menurut portal itu, ia akan menerbitkan maklumat lanjut daripada laporan Ketua Audit Negara pada hari-hari akan datang.
Pada April lalu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia
menolak untuk membenarkan laporan Audit Negara mengenai 1MDB
dibentangkan di Parlimen dengan alasan ia masih belum dinyah-rahsiakan.
"Saya tidak boleh membenarkan dokumen yang diklasifikasikan
dibentangkan di Dewan Rakyat. Saya akan melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972
jika membenarkannya," katanya.
Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 4 Mac lalu.
Kerajaan setakat ini enggan memaklumkan bila laporan itu akan didedahkan
atau dinyah-rahsia. Setakat ini, hanya ahli-ahli PAC yang mempunyai
akses kepada laporan itu.
No comments:
Post a Comment