KOTA KINABALU: Seramai 13 daripada 14 tertuduh yang diarah membela diri
dalam kes pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013, hari ini didapati
bersalah dan disabitkan kesalahan dalam setiap pertuduhan terhadap
mereka.
Mereka terdiri 12 warga Filipina dan seorang penduduk tempatan yang
sebelum ini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah
Khas) 2012 (SOSMA).
Keputusan itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Stephen Chung Hian Guan
pada prosiding yang dijalankan di Penjara Pusat Kota Kinabalu, di sini,
selepas membentangkan rumusan perbicaraan kes berkenaan, petang ini.
Dalam penghakimannya, Hian Guan membebaskan seorang tertuduh warga
Filipina iaitu Basil Samiul, 35, yang sebelum ini dituduh mengikut
Seksyen 130J Kanun Keseksaan kerana kerana memberi sokongan kepada
kumpulan pengganas.
Keputusan terhadap seorang tertuduh yang turut didapati bersalah
mengikut Seksyen 130 KA Kanun Keseksaan iaitu Habil Suhaili, 68,
bagaimanapun tidak direkodkan kerana meninggal dunia akibat asma pada
April lalu.
Esok, mahkamah sama akan mendengar rayuan sebelum dijangka menjatuhkan
hukuman terhadap semua tertuduh termasuk lima lagi tertuduh yang sebelum
ini mengaku bersalah terhadap pertuduhan ke atas mereka.
No comments:
Post a Comment