Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju kerugian hampir sejuta
ringgit apabila wang tunai yang sedang dikira kakitangan selepas waktu
pejabat dilarikan dua perompak hari ini.
Kejadian tidak dijangka itu berlaku semasa waktu operasi pejabat
JPJ cawangan Wangsa Maju di Jalan Genting Klang, Setapak di sini petang
tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten
Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 5.42
petang, selepas waktu berurusan dengan pelanggan tamat dan dua pegawai
awam sedang mengira wang hasil pendapatan harian di dalam bilik unit
akaun.
"Tiba-tiba dua suspek lelaki memakai helmet memasuki melalui pintu belakang yang tidak berkunci.
"Suspek terus menuju ke bilik urusetia penguatkuasaan dan
mengacukan parang terhadap seorang pegawai awam perempuan yang berada di
bilik itu.
"Kedua-dua suspek kemudian memasuki bilik unit hasil dan menuju ke
kaunter dan merampas wang tunai RM754,000 daripada tiga pegawai awam
yang sedang bertugas ketika itu dan melarikan diri," katanya dalam
kenyataan di sini.
Tambah beliau seorang lelaki dipercayai berbangsa Melayu dan seorang lagi lelak berkulit hitam.
"Kes sedang di siasat dibawah Seksyen 395,397 Kanun Keseksaan kerana merompak dengan bersenjata.
"Polis telah menggerakkan pasukan untuk memburu suspek yang melarikan diri itu," katanya lagi. - MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment