SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan
rombakan kabinet esok untuk mengisi kekosongan jawatan tiga menteri dan
dua timbalan menteri.
Menteri dan timbalan menteri yang baru dilantik dijangka mengangkat
sumpah pada hari berikutnya, demikian memetik laporan Sin Chew Daily.
Ini termasuk dua jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri juga kosong
– satu bertanggungjawab bagi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan
(PEMANDU) dan satu lagi bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi
(EPU).
Datuk Seri Idris Jala, yang menerajui PEMANDU telah melepaskan jawatannya selepas penggal kedua sebagai senator berakhir.
Tan Sri Abdul Wahid Omar, yang menerajui EPU tidak mahu melanjutkan
tempoh khidmatnya dalam kabinet selepas hanya menjadi senator untuk satu
penggal.
Manakala jawatan seorang timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan kosong selepas Datuk Seri Ahmad Bashah Md
Hanipah dilantik sebagai menteri besar Kedah.
No comments:
Post a Comment