HASIL pemeriksaan seorang ibu terhadap telefon anak lelakinya mendapati seorang pedofil cuba mengumpan anaknya untuk memberikan foto lucah melalui aplikasi pesanan ringkas.
Melalui salinan paparan perbualan di antara pedofil dan anaknya yang dimuat naik oleh ibu mangsa, pedofil berkenaan menjanjikan permainan video PSP untuk foto lucah tersebut.
Pedofil berkenaan didapati memulakan perbualan bersama mangsa Februari lepas dan berakhir pada Jun selepas 'kantoi' dengan ibu mangsa.
"Mohon ibu bapa di luar tengok aktiviti anak kita.. Facebook untuk berkawan sekolah tapi ada yang ambil kesempatan atas kenaifan anak-anak kita," kata ibu mangsa di Facebook.
Perkongsian ibu mangsa menjadi viral dan mengejutkan beribu-ribu pelayar dan mendapat perhatian lebih 12,000 pelayar lain.
No comments:
Post a Comment