MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas Tun Dr
Mahathir Mohamad yang didakwanya telah mengabaikan pembangunan sistem
pengangkutan awam negara semasa pemerintahan 22 tahun bekas perdana
menteri itu.
Dalam merasmikan pembukaan penuh Projek Penyambungan Jajaran Sistem
Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dan Ampang di Stesen
Putra Heights, Najib berkata idea itu dikemukakan pada 2009 selepas satu
siri sesi sumbang saran dengan Unit Pengurusan Prestasi dan
Perlaksanaan (PEMANDU).
"(Masalah) ini kerana pendahulu saya yang memerintah selama 22 tahun,
tidak banyak memberikan perhatian kepada pengangkutan awam.
"Oleh kerana itu, terdapat kekosongan, Pelaburan tidak mencukupi dan
terdapat sistem yang tidak selaras kerana dimiliki oleh terlalu banyak
pihak," kata Najib pada ucapannya.
Stesen Putra Heights adalah salah satu daripada 12 stesen baru di Kelana Jaya.
Stesen ini juga akan menyambung laluan laluan Kelana Jaya dengan laluan Seri Petaling/Ampang.
No comments:
Post a Comment