SINGAPURA: Seorang rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara 48 bulan
oleh mahkamah bagi kesalahan mencuri cip kasino bernilai hampir S$1 juta
(RM3juta) sebelum melarikan diri dari negara ini.
Memetik laporan Channel NewsAsia selain cip itu, Jackson Yeoh turut
melarikan kunci sebuah kereta BMW, tiga keping kad kredit dan wang tunai
S$9,100.
Yeoh ditahan di Malaysia selepas kira-kira lima bulan mencuri di Marina Bay Sands Casino pada September.
Menurut laporan itu, daripada jumlah S$910,600 yang dicurinya daripada
seorang pesara warga Singapura berumur 71 tahun itu, sebanyak S$701,000
telah ditemukan semula.
Pihak pendakwa raya dipetik sebagai berkata cip itu akan dipulangkan kepada mangsa menerusi polis.
Apabila ditahan di Kuching, Sarawak, laporan itu menyatakan Yeoh
mendakwa telah membuang kad kredit dan kunci kereta itu dan menggunakan
wang tunai itu untuk berjudi dan perbelanjaan peribadi.
No comments:
Post a Comment