Tuesday, March 1, 2016

Mahathir Keluar UMNO Lagi? Apa Impak Kepada UMNO, BN, Pembangkang, Akar Umbi UMNO dan Pengundi?

BERITA SEMASA


Mahathir Keluar UMNO Lagi? Apa Impak Kepada UMNO, BN, Pembangkang, Akar Umbi UMNO dan Pengundi?


mahathir keluar umno


Pada minggu ini telah mencatatkan sekali lagi sejarah yang mana mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Mahathir keluar UMNO lagi sebagai reaksi tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib Razak yang dipalit dengan beberapa isu dan skandal.

Mahathir keluar UMNO sebelum ini pada era kepimpinan Pak Lah. Drama politik di Malaysia semakin mencapai klimaks.
Berita Semasa melihat tindakan figura politik yang sudah memimpin negara ini selama lebih 20 tahun lamanya yang mana Tun Mahathir keluar UMNO lagi secara umumnya sebahagian ahli dan pemimpin UMNO meluahkan rasa lega disebalik pergolakan politik yang berada dalam parti UMNO sendiri sehingga ada merasakan selagimana Mahathir berada di dalam, beliau akan menjadi duri dalam daging kepada UMNO itu sendiri.

Persoalannya, apa impak disebalik kepada tindakan Mahathir keluar UMNO kepada parti UMNO sendiri, Barisan Nasional, akar umbi UMNO, bakal pengundi menjelang Pilihanraya umum ke 14 dan juga kepada rakyat Malaysia sendiri umumnya sekaligus memberikan kesan besar kepada landskap politik negara Malaysia selepas ini?

Tetapi Berita Semasa merasakan keluarnya Tun Mahathir Mohamad dari parti UMNO boleh memberikan kesan dan impak kepada beberapa segmen dalam kumpulan pengundi di Malaysia hari ini. Contohnya?

Tun Mahathir Keluar UMNO Lagi : Senarai Kesan dan Impak Kepada….

 

KLIK SINI: Tun Mahathir Tolak Sokong Najib Razak Lemah, Sokongan Teruk, Ekonomi dan..
  1. Contohnya, segmen akar umbi UMNO itu sendiri. Ada kemungkinan yang akan terpengaruh, simpati dan sebagainya. Masakan tindakan sosok Mahathir bukan calang-calang dalam sepak terajang politik di Malaysia.
  2. Keduanya, senario politik pada Pilihanraya Umum ke 12 pada 2008 dan yang bakal mewarnai Pilihanraya Umum ke 14 pada 2018 kelak ada sedikit sebanyak persamaannya. Apa dia? Jangan kita lupa juga, tumbangnya beberapa negeri milik UMNO Barisan Nasional termasuk negeri-negeri di pantai Barat ada disebabakan tindakan ahli UMNO peringkat akar umbi yang protes kepimpinan Tun Abdullah aka Pak Lah disebabkan kritikan-kritikan yang berterusan oleh Tun Mahathir Mohamad. Jadi, jangan ambil mudah. Tatkala pada 2008, negara juga sedang dihimpit masalah ekonomi. Manakala sekarang ini juga ekonomi Malaysia sedang bergelut dan menghadapi kesukaran.
  3. Ketiga, Berita Semasa menjangkakan kumpulan “non partisan” membentuk satu angka yang cukup besar menjangkau 60 peratus daripada jumlah pengundi Malaysia. Yang mana mereka bukanlah kumpulan yang totok, balaci dan pengikut tegar kepada sesebuah parti. Mereka ini mungkin akan terpengaruh, dan akan mula mengkaji apa signifikannya tindakan Mahathir keluar UMNO ini. Kumpulan “non partisan” hari ini yang terdedah dengan pelbagai maklumat, info dan sebagainya sangat mementingkan dan sensitif isu-isu integriti dalam membuat keputusan menjelang Pilihanraya Umum ke 14 kelak.
  4. Keempat, jangan kita lupa tindakan Mahathir akan memberikan markah tambahan kepada pembangkang dan pembangkang akan menggunakan tindakan Mahathir keluar UMNO bermakna apa yang pembangkang perjuangkan selama ini ada asasnya dan relevan kerana dikritik oleh seorang figura politik negara yang disegani iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ya…benarnya sentimen yang hampir sama, pasti tidak. Ya Berita Semasa setuju. Tetapi impaknya pasti ada. Sama-sama kita nantikan, episod drama politik selepas ini.


No comments: