Tuesday, March 22, 2016

KJ perlu bentang pelan KBS dapatkan semula RM100 juta


FREE MALAYSIA TODAY


Ia bagi memastikan sama ada Khairy benar-benar tidak mengetahui tentang perkara itu atau sengaja membiarkannya berlaku.


Sany-Hamzan


PETALING JAYA: Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) mendesak Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin membentangkan pelan pengembalian semula RM100 juta yang diselewengkan.

Ketua Pemuda AMANAH, Sany Hamzan, berkata, Khairy tidak boleh bersikap lepas tangan dalam perkara berkenaan penyelewengan dalam kementeriannya adalah wang milik rakyat.

“Ini adalah wang rakyat dan Khairy tidak boleh ‘lepas tangan’ dengan hanya berselindung di sebalik (komitmen) ‘kerjasama’ terhadap siasatan SPRM semata-mata,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Faiz Fadzil berkata, Khairy perlu disiasat berhubung dakwaan skandal itu.

Katanya, siasatan itu perlu bagi memastikan sama ada Khairy benar-benar tidak mengetahui tentang perkara itu atau sengaja membiarkannya berlaku.

“Seksyen 25 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 menjadikan kegagalan melaporkan perbuatan rasuah sebagai satu kesalahan. Justeru, beliau boleh disiasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, ini bukanlah kali pertama isu penyelewengan melibatkan Khairy, apabila sebelum ini timbul isu tajaan RM1.4 juta untuk 191 EXCO Pemuda dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian mengerjakan umrah.

Sebelum ini SPRM menahan seorang pegawai tinggi KBS kerana didakwa menjadi dalang sindiket menipu KBS menyebabkan kerajaan rugi RM100 juta.

Pegawai tersebut dikatakan hidup mewah hasil rasuah dengan membeli kereta mewah, jam berjenama, barang kemas dan unit-unit saham, yang sebahagiannya turut dipamerkan dalam sidang media SPRM itu

No comments: