Wednesday, March 23, 2016

Kerjasama PAS-IKATAN ‘luar biasa’, kata Sanusi Junid

 
Hadi Awang dan Kadir Sheikh Fadzir memiliki personaliti menarik yang menjadikan kerjasama PAS-IKATAN unik.
 
 
 
sanusi


KUALA LUMPUR : Penubuhan blok pembangkang baharu antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) diibarat ‘minyak dan air yang bergelumang di muara sungai’

Veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid turut menyifatkan kerjasama antara pemimpin PAS dan IKATAN itu adalah satu yang ‘luar biasa’.

“Ia mengambil masa yang lama bagi Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (Presiden IKATAN) untuk menjadi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Hadi menjadi seperti Kadir.

“Saya rasa ia adalah situasi yang berbeza, sebagai individu kedua-duanya mempunyai personaliti yang baik dan sebagai ahli politik saya rasa amat menarik untuk melihat mereka bekerjasama.

“Diibaratkan minyak dan air yang sedang bergelumang di muara sungai,” katanya dalam temu bual bersama FMT.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penubuhan blok pembangkang baharu yang melibatkan IKATAN dan PAS.

Pengumuman pembentukan blok pakatan pembangkang baharu itu dibuat Hadi pada 16 Mac lalu sebagai pilihan kepada pengundi selain Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)

Pengumuman itu ‘mengejutkan’ banyak pihak kerana IKATAN sebuah parti yang tidak dikenali dan tidak mempunyai ramai ahli.

 LIHAT VIDEO DI SINI


No comments: