Tuesday, March 22, 2016

Dua kes terbaru strok haba

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PUTRAJAYA: Dua kes baru strok haba dilaporkan, masing-masing satu di Kedah dan Perak sehingga pagi ini. 
 
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata ia menjadikan kes keseluruhan strok haba di seluruh negara setakat ini adalah lima kes. 
 
Katanya, Kementerian Kesihatan juga menerima 29 laporan masalah kesihatan berkaitan cuaca panas melampau. 
 
"Ia berdasarkan data sejak 1 Mac lalu hingga pagi ini yang membabitkan 24 kes keletihan haba dan lima kes strok haba," katanya. 
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pusat Penilaian Risiko bagi Keselamatan Makanan ASEAN (ARAC) di sini pagi ini.
 
 

No comments: