SHAH ALAM - Susulan larangan ke atas presidennya, Mohamad Sabu memasuki
Sarawak pada Selasa, Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan andaian
terhadap ketua menteri itu nyata meleset.
Setiausaha Amanah, Mohd Anuar Tahir berkata, pihaknya sebelum ini menyangka Adenan berbeza dengan pemimpin sebelumnya dalam berpolitik, namun nyata tanggapan itu silap.
"Sikap angkuh yang ditunjukkan oleh Adenan hari ini menyaksikan betapa beliau masih di dalam kerangka pemikiran sempit politik lama, seperti diamalkan bekas Ketua Menteri sebelumnya.
"Apa yang jelas, tindakan terdesak menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan dalam masa terdekat ini, menunjukkan betapa Ketua Menteri berada dalam ketakutan dan cuba menyekat suara perubahan dan kebangkitan rakyat,"k atanya dalam satu kenyataan, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mat Sabu dihalang masuk Sarawak]
Mohamad pada Selasa tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 10.30 pagi dalam rangka lawatan dua hari ke negeri Sarawak.
Beliau bagaimanapun ditahan ketika mahu melepasi pemeriksaan Imigresen dan hanya dimaklumkan halangan itu atas arahan Pejabat Ketua Menteri.
Mengulas lanjut, Mohd Anuar berkata, Parti Amanah mahu mengingatkan Adenan bahawa Sarawak salah sebuah negeri di dalam Persekutuan Malaysia.
"Tidak sepatutnya hak mana-mana warganegara untuk masuk ke negeri itu dihalang,"katanya.

No comments:
Post a Comment