IKHWAN HAZWAN
Datuk Dr Asri Zainal
Abidin menegaskan bahawa kejadian membakar lori-lori bauksit di Kuantan
itu satu petanda yang perlu dipandang serius.
KUALA LUMPUR, Kerajaan tidak boleh mementingkan golongan atasan sehingga menyebabkan rakyat bawahan menderita dan merasa diri mereka tidak terbela dalam isu bauksit yang berlaku di Kuantan, Pahang
Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainal Abidin
menegaskan bahawa kejadian membakar lori-lori bauksit di Kuantan itu
satu petanda yang perlu dipandang serius.
Menurutnya, sekiranya perkara tersebut berterusan dan merebak maka satu negara tidak terkawal lagi.
“Saya bimbang rakyat mula hilang keyakinan dengan sistem keadilan dalam negara sehingga mereka mula bertindak sendiri.
“Rakyat bawahan akan berkeyakinan bahawa
hanya mengambil undang-undang di tangan sendiri sahaja yang dapat
membela diri dari dizalimi,” katanya menerusi akaun Facebooknya di sini
hari ini.
Beliau berkata demikian susulan tindakan
nekad penduduk di Kuantan yang membakar lori bauksit gara-gara kecewa
dengan kerajaan negeri yang gagal menyelesaikan masalah itu di Pahang
baru-baru ini.
Tambah Asri, setiap pihak berhak untuk berniaga dan membuat keuntungan dengan syarat tidak menzalimi pihak yang lain.
Jelasnya, sikap mementingkan keuntungan sendiri sehingga menyakiti pihak lain adalah satu kezaliman.
“Simpati saya kepada penduduk Kuantan,
juga mereka yang terkesan dari keuntungan bauksit yang diperolehi oleh
pihak tertentu. Orang lain membuat untung, rakyat bawahan mendapat
derita.
“Penguasa hendaklah sedar bahawa urusan
pengurusan di dunia ini tidak berakhir di sini, tetapi akan dibawa ke
mahkamah Allah pada Hari Kiamat kelak dan oleh itu kerajaan wajib
bertindak segera mengatasi masalah ini,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment