Tuesday, December 29, 2015

Pandangan Ahmad Maslan memalukan

 Sheikh Omar Ali


 


ULASAN Pada pandangan saya, Ahmad Maslan sebagai seorang anggota kabinet tidak wajar menyarankan agar rakyat Malaysia melakukan lebih dari satu kerja.

Namun dengan keadaan ekonomi negara yang parah hari ini, rakyat sememangnya terpaksa bekerja lebih keras demi memenuhi kos keperluan harian yang semakin menekan.

Maksud saya, kerja lebih untuk menampung keperluan, bukan untuk memperolehi lebih pendapatan boleh guna.

Sebagai menteri, pandangan beliau amat memalukan. Sepatutnya, Ahmad sebagai ahli kabinet perlu menjelaskan polisi dan langkah drastik yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.

Janganlan pulangkan semula beban itu kepada rakyat dengan mengerahkan rakyat bekerja lebih.

Anda sebagai menteri, jawablah apa yang kerajaan boleh lakukan dan bukan menghambat rakyat dan memulangkan paku buah keras kepada rakyat.

Lebih-lebih lagi kerajaan hari ini dipalitkan dengan pelbagai skandal kewangan yang besar seperti 1MDB dan dari mana datangnya RM2.6 bilion dalam akaun PM.

Jawapan Ahmad Maslan hanyalah melambangkan kegagalan kerajaan dalam menyelami masalah rakyat bawahan yang terpaksa bergelut setiap hari demi kelangsungan hidup.

SHEIKH OMAR ALI penolong setiausaha publisiti DAP Johor.


No comments: