PKR hari ini menggesa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan semua kontrak, perjanjian dan konsesi yang memberi kesan kepada kos sara hidup, termasuk perjanjian tol lebuh raya.
Ia
berikutan kenyataan Zahid bahawa orang ramai tidak harus menyalahkan
kerajaan sedia ada terhadap kontrak penswastaan yang dibuat sejak era
kepimpinan sebelum ini.
Pengarah
Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata meskipun masalah mengenai kontrak
kerajaan berlaku sejak dahulu,
Zahid selaku orang nombor dua dalam kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi menanganinya.
Zahid selaku orang nombor dua dalam kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi menanganinya.
“Jika benar kontrak, perjanjian dan konsesi ini tidak
memanfaatkan malah membebankan hidup rakyat, apakah tidak mungkin ianya
dikaji semula dan perjanjian yang lebih mendatangkan manfaat kepada
rakyat dimeterai?," Soal Fahmi dalam kenyataan media hari ini.
“Alangkah sayangnya, Zahid kelihatan lebih berminat untuk
memberi bayangan tentang siapa yang mencetuskan masalah dari berusaha
menyelesaikannya,” katanya.
Zahid hari ini dilaporkan berkata orang ramai tidak harus menyalahkan kerajaan terhadap kontrak penswastaan dengan mengatakan “Najis yang terpalit itu dibuat dari dulu,”.
Beliau juga dilapor mengakui kontrak lebuh raya,
pengeluar tenaga bebas (IPP) dan keretapi ERL adalah berat sebelah,
namun enggan menamakan secara khusus pihak bertanggungjawab.
Bagaimanapun beliau dipercayai merujuk kepada perdana
menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi pengkritik
keras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno
pada 12 Disember lalu berkata kenaikan tinggi tambang ERL dari RM35
kepada RM55 hasil perjanjian ditandatangani pada 1997.
No comments:
Post a Comment