shahbudindotcom
Beberapa
hari lalu ada penjenguk blog ini yang bertanyakan mengenai dividen dan
bonus ASB bagi tahun ini yang mereka dakwa agak lambat diumumkan
berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Bagaimanapun,
hari ini baru diumumkan oleh PNB bahawa dividen bagi ASB bagi tahun
berakhir 31 Disember 2015 ialah sebanyak 7.25 sen beserta bonus 0.50 sen
seunit.
Berdasarkan
rekod perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya yang tersebar luas di
alam maya, didapati bahawa dividen dan bonus tahun ini adalah yang
terendah sejak 1990.
Ini
semua adalah salah Tun Mahathir, buat apa dulu diwujudkan ASB, Proton,
Lebuhraya Utara Selatan, ERL dan segala macam lainnya?
Disebabkan adanya ASB menyebabkan setiap hujung tahun orangramai hanya sibuk ingin tahu tentang dividen dan bonusnya saja?
Bukankah lebih senang jika tiada ASB?
Malah disebabkan adanya Proton, semua masalah dan kerugiannya adalah salah Tun Mahathir.
Disebabkan
perjanjian tol dan ERL dibuat ketika Tun Mahathir berkuasa, semua
masalah dan beban kenaikan yang berlaku sekarang juga adalah salah
beliau.
Dividen
dan bonus ASB yang rendah tahun ini dan terendah dalam sejarahnya tidak
syak memang salah Tun Mahathir, bukankah lebih baik jika beliau tidak
mewujudkannya dulu?
Maka, tiadalah perbandingan tinggi atau rendah dividen serta bonusnya.
No comments:
Post a Comment