KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembayaran Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan mula diberikan secara berperingkat bermula
28 Januari tahun hadapan.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menggesa orang ramai yang belum memohon
atau ingin mengemas kini permohonan BR1M bagi 2016 diminta melakukannya
segera melalui atas talian atau secara manual.
“Permohonan BR1M 2016 akan ditutup 31 Disember ini. Sekiranya belum
memohon atau mengemas kini, segera lakukan di
https://ebr1m.hasil.gov.my/.
“Permohonan juga boleh berbuat demikian dengan mendapatkan borang
seterusnya diisi dan kemudian dikembalikan di cawangan Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN) atau pusat
khidmat hasil di Pusat Transformasi Bandar (UTC).
“Insya-Allah, sekiranya permohonan lengkap dan anda layak, pembayaran
BR1M akan mula diberikan secara berperingkat pada 28 Januari 2016
kelak,” katanya dalam satu catatan di laman Facebook miliknya hari ini.
Pada pengumuman Bajet 2016 lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan kategori baharu bagi penerima e-Kasih yang berpendapatan bawah RM1,000 layak untuk terima BR1M sebanyak RM1,050.
Di samping itu, kategori lain melibatkan isi rumah pendapatan bawah
RM3,000 dengan jumlah BR1M dinaikkan dari RM950 kepada RM1,000.
Bagi kategori isi rumah pendapatan bawah RM3,001 hingga RM4,000 jumlah
BR1M akan menerima RM800 manakala Skim Khairat Kematian akan menerima
RM1,000.
Dalam pada itu, individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang pendapatan kurang RM2,000 juga layak menerima RM400.
No comments:
Post a Comment